Saturday, March 28, 2020

Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19


1. Duduk Di Rumah

2. Luangkan Masa Bersama Keluarga

3. Betalkan Rancangan Balik Kampung

4. Putuskan Rangkaian Jangkitan Covid-19

5. Amalkan Penjagaan Kesihatan Yang Rapi

6. Gunakan Kaedah Pembelian Makanan Bungkus  Dan Pesan Makan

7. Elakkan Berkumpul Beramai-ramai

8. Batalkan Kenduri Kahwin

9. Tangani Penularan Wabak Dan Krisis Covid-19 Bersama

10.  Jika Tempoh Dua Minggu Gagal, Kempen Ini Akan Dilanjutkan















Monday, March 23, 2020

COVID-19 Pengeluaran KWSP i-Lestari



SOALAN LAZIM ASAS
Pengeluaran i-Lestari
1.       Bilakah ahli boleh mula memohon Pengeluaran i-Lestari?

Ahli boleh mula membuat permohonan Pengeluaran i-Lestari mulai 1 April 2020



2.       Berapakah amaun yang layak dikeluarkan oleh ahli di bawah Pengeluaran i-Lestari?

Amaun yang layak dikeluarkan oleh ahli di bawah Pengeluaran i-Lestari adalah:
·         Maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan (1 tahun)(Tertakluk kepada jumlah simpanan di dalam Akaun 2 pada bulan permohonan dibuat)
·         Bayaran bermula dari bulan permohonan diterima oleh KWSP sehingga Mac 2021
·         Pengeluaran hanya boleh dibuat bagi tempoh 1 tahun (12 bulan) iaitu dari bulan April 2020 hingga bulan Mac 2021 tertakluk kepada 2(i)
·         Bayaran Pengeluaran i-Lestari akan mula dibuat mulai Mei 2020

3.       Bagaimanakah ahli boleh mengemukakan permohonan Pengeluaran i-Lestari?
Borang permohonan yang lengkap diisi boleh dikemukakan melalui TIGA (3) saluran berikut:
·         Ahli perlu membuat permohonan sekali sahaja dan pembayaran Pengeluaran i-Lestari akan dikreditkan secara berulang (recurring) ke dalam akaun bank ahli seperti mana di 2(i)3Secara dalam talian (e-Pengeluaran melalui i-Akaun); ATAU
·         Secara e-mel kepada ilestarimohon@epf.gov.my(Borang akan dimuat naik); ATAU
·         Secara pos/pos berdaftar ke alamat: Kumpulan Wang Simpanan PekerjaKarung Berkunci No 220, Jalan Sultan 46720 Petaling Jaya (Pengeluaran i-Lestari)
(Ahli perlu membuat permohonan sekali sahaja dan pembayaran Pengeluaran i-Lestari akan dikreditkan secara berulang (recurring) ke dalam akaun bank ahli seperti mana di 2(i))

4.       Siapakah yang layak untuk membuat Pengeluaran i-Lestari?Ahli-ahli berikut layak untuk membuat Pengeluaran i-Lestari:
·         Warganegara Malaysia dan Pemastautin Tetap
·         Berumur bawah 55 tahun
·         Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2*
·         Bukan Warganegara Malaysia (Fasa 2)

*Tertakluk kepada baki Akaun 2 semasa proses pembayaran pada bulan berkenaan dibuat

5.       Mengapakah Pengeluaran i-Lestari hanya terhad kepada RM500 dan secara bulanan?
Pengeluaran i-Lestari ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas bulanan dalam tempoh pandemik Covid-19 ini. Jumlah maksimum RM500 sebulan ini adalah jumlah yang berpatutan bagi menambah sumber kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas untuk bulan yang berkenaan

6.       Mengapakah kekerapan Pengeluaran i-Lestari terhad untuk sekali sebulan?
Kekerapan bayaran Pengeluaran i-Lestari sekali sebulan adalah kerana pengeluaran ini bertujuan untuk menambah sumber pendapatan bulanan ahli bagi memenuhi keperluan asas setiap bulan

7.   Mengapakah Pengeluaran i-Lestari hanya untuk tempoh setahun sahaja?
Tujuan i-Lestari adalah untuk membantu ahli meneruskan kelangsungan hidup ketika berdepan dengan pandemik Covid-19 pada ketika ini. Kerajaan akan terus memantau perkembangan situasi ini dan keperluan pengeluaran ini dari semasa ke semasa dan dijangka impak pandemik Covid-19 akan berakhir selepas tempoh tersebut


Articles: