Pengeluaran i-Lestari
1.
Bilakah ahli boleh mula memohon Pengeluaran
i-Lestari?
Ahli boleh mula membuat permohonan
Pengeluaran i-Lestari mulai 1 April 2020
2.
Berapakah amaun yang layak dikeluarkan oleh
ahli di bawah Pengeluaran i-Lestari?
Amaun yang layak dikeluarkan oleh ahli di
bawah Pengeluaran i-Lestari adalah:
·
Maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan (1 tahun)(Tertakluk kepada jumlah simpanan di dalam Akaun 2 pada bulan permohonan dibuat)
·
Bayaran bermula dari bulan permohonan diterima oleh KWSP sehingga Mac 2021
·
Pengeluaran hanya boleh dibuat bagi tempoh 1 tahun (12 bulan) iaitu dari bulan April 2020 hingga bulan Mac 2021 tertakluk kepada 2(i)
·
Bayaran Pengeluaran i-Lestari akan mula dibuat mulai Mei 2020
3.
Bagaimanakah ahli boleh mengemukakan permohonan
Pengeluaran i-Lestari?
Borang permohonan yang lengkap diisi boleh
dikemukakan melalui TIGA (3) saluran berikut:
·
Ahli perlu membuat permohonan sekali sahaja dan
pembayaran Pengeluaran i-Lestari akan dikreditkan secara berulang (recurring)
ke dalam akaun bank ahli
seperti mana di 2(i)3Secara
dalam talian (e-Pengeluaran melalui i-Akaun); ATAU
·
Secara e-mel kepada ilestarimohon@epf.gov.my(Borang akan dimuat naik); ATAU
·
Secara pos/pos berdaftar ke alamat: Kumpulan Wang Simpanan PekerjaKarung Berkunci No 220, Jalan Sultan 46720 Petaling Jaya
(Pengeluaran i-Lestari)
(Ahli
perlu membuat permohonan sekali sahaja dan pembayaran Pengeluaran i-Lestari
akan dikreditkan secara berulang
(recurring) ke dalam akaun bank ahli seperti mana di 2(i))
4.
Siapakah yang layak untuk membuat Pengeluaran
i-Lestari?Ahli-ahli
berikut layak untuk membuat Pengeluaran i-Lestari:
·
Warganegara Malaysia
dan Pemastautin Tetap
·
Berumur bawah
55 tahun
·
Mempunyai baki simpanan
di dalam Akaun 2*
·
Bukan Warganegara
Malaysia (Fasa 2)
*Tertakluk
kepada baki Akaun 2 semasa proses pembayaran pada bulan berkenaan dibuat
5.
Mengapakah Pengeluaran i-Lestari hanya terhad
kepada RM500 dan secara bulanan?
Pengeluaran i-Lestari ini bertujuan untuk
meringankan beban kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas bulanan dalam tempoh pandemik Covid-19 ini.
Jumlah maksimum RM500 sebulan ini adalah jumlah yang berpatutan bagi menambah sumber kewangan
ahli untuk memenuhi keperluan asas untuk bulan yang berkenaan
6.
Mengapakah kekerapan Pengeluaran i-Lestari
terhad untuk sekali sebulan?
Kekerapan bayaran Pengeluaran i-Lestari
sekali sebulan adalah kerana pengeluaran ini bertujuan untuk menambah sumber pendapatan bulanan ahli bagi
memenuhi keperluan asas setiap bulan
7. Mengapakah Pengeluaran i-Lestari hanya untuk
tempoh setahun sahaja?
Tujuan i-Lestari adalah untuk membantu
ahli meneruskan kelangsungan hidup ketika berdepan dengan pandemik Covid-19 pada ketika ini. Kerajaan akan
terus memantau perkembangan situasi ini dan keperluan pengeluaran ini dari semasa ke semasa dan dijangka impak
pandemik Covid-19 akan berakhir selepas tempoh tersebut
Articles:

No comments:
Post a Comment